Homeschooling on Kosmo (Jun 2008)

Tiada tekanan belajar di rumah

Kanak-kanak ini tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah, namun mereka juga mempunyai pencapaian setaraf dengan kanak-kanak lain yang ke sekolah. Bagaimana?


Mereka seperti kanak-kanak biasa. Suka bermain, bergaduh dan membuat hal-hal yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu. Sikap mencuba dan kehendak untuk mempelajari sesuatu kemahiran dalam keselesaan sendiri, membuka ruang kepada kanak-kanak ini untuk mengenali hampir setiap jenis perkara yang diminati.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Ini boleh diperluaskan dari aspek akademik hinggalah aktiviti kokurikulum seperti bermain alat muzik, sukan, seni mempertahankan diri, membuat kebajikan, mengambil kelas bahasa tambahan dan bermacam-macam lagi kegiatan yang tiada batasan. Jika bersekolah sepenuh masa, mampukah impian si kecil ini tercapai? HOME SCHOOLER didedahkan kepada aktiviti yang membina kemahiran

Dari luaran, kanak-kanak ini adalah sama seperti kanak-kanak yang ke sekolah. Namun, kanak-kanak yang tidak ke sekolah tetapi belajar di bawah bimbingan ibu bapa atau tenaga pengajar profesional dikenali sebagai home schooler atau belajar di rumah. Dalam erti kata lain, home schooler tidak pernah menjejak kaki di perkarangan sekolah kerajaan sekalipun swasta atau pernah bersekolah. Jika pun mereka pernah ke sekolah biasa, mereka memilih untuk berhenti atas sebab-sebab tertentu.
Antara alasannya ialah kanak-kanak ini menganggap didikan atau tunjuk ajar yang betul dan mencapai standard yang dikehendaki boleh didapati di rumah?

Penulis buku, Learning Beyond Schooling, Chong Wai Leng, 43, dengan tegasnya menyatakan bahawa ibu bapa seharusnya menggubah cara kita mendidik si kecil dan menukar cara kita memahami keperluan pada hari kemudian nanti.

“Kita tidak patut menunggu untuk perubahan kerana tempoh pembesaran amat singkat,” ujar Wai Leng.

KOH YU LING (dua dari kanan) mendidik anak-anaknya mengikut kehendak dan minat mereka di rumah.

Menurutnya, golongan ibu bapa akan gagal sekiranya tanggungjawab besar itu dilepaskan hanya kepada sekolah.

Malah, ibu bapa juga tidak berasa puas hati dengan hanya memeriksa buku laporan sahaja!

Kandungan buku sulungnya lebih mengutarakan objektif untuk memetik beberapa isu yang timbul. Dia juga bersetuju bahawa penggubalan sistem ini akan memakan masa yang lama dan wajar dilakukan dengan pemikiran yang terbuka oleh pakar.
AMRITA (kiri) dan Samantha seronok belajar di rumah dan begitu menggemari muzik.

Antara pengisian buku ini ialah pengalaman dan perkongsian ibu bapa yang menghadapi pelbagai cabaran dan saat genting ketika anak-anak meronta enggan kembali ke sekolah.

Bagi pasangan Koh Yu Ling dan Leong Yeng Khuen, masalah yang ditempuhi tidak jauh berbeza.

Mereka mempunyai tiga orang cahaya mata. Anak sulung, Leong Jian Yi, 10, bertukar menjadi seorang yang pendiam dan pemalu sebaik memasuki alam persekolahan di negara seberang.

“Ketika itu, kami tinggal di Singapura. Daripada seorang kanak-kanak yang periang dan ceria, dia banyak mengadu mengenai tekanan yang dihadapi di sekolah terutamanya dengan rakan sekelas,” kata Yu Ling.

Memandangkan anaknya tidak mendapat manfaat di sekolah, dia mengeluarkannya dari sekolah tersebut setahun setengah kemudian.

Sejak itu, Yu Ling yang juga bekas guru sains, melihat perkembangan positif ke atas anaknya yang belajar di bawah pemerhatiannya di rumah.

“Setiap hari dan waktu, saya meluangkan masa yang berfaedah dengannya untuk mempelajari sesuatu ilmu. Dia tidak perlu tergesa-gesa untuk mendahului kanak-kanak lain. Sebaliknya, dia belajar pada tahap dan kemampuan sendiri.”

“Jian Yi juga menunjukkan minat dalam bahasa Jepun, selain mengikuti kelas Aikido,” ujar Yu Ling dengan penuh bangga sambil memandang ke arah Jian Yi yang sibuk bermain scrabble di atas lantai.

Meskipun masih agak pemalu tetapi mesra, si kecil ini mungkin boleh diberi antara gelaran pemilik laman blog termuda di Malaysia.

CHONG WAI LENG melancarkan buku Learning Beyond Schooling di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dia akan mengemaskinikan lamannya hampir setiap hari dengan bercerita tentang kehidupan sehariannya di http://princezzkaren.blogspot.com.

“Sebagai ibu, saya berasa gembira dengan perubahan ini dan dia sememangnya teruja,” sambung Yu Ling yang tidak berhasrat untuk menghantar anaknya menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia sudahpun merancang dengan teliti masa depan Jian Yi dan anak-anak lain yang akan belajar di kolej swasta dan bukan universiti tempatan. Keputusan Yu Ling ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kumpulan penyokong FamilyPlace.

FamilyPlace merupakan sebuah laman komuniti yang membincangkan isu-isu berkenaan keibubapaan dan soal pembelajaran anak-anak.

Ia diasaskan oleh Wai Leng bersama suaminya, Soon Koi Voon. Mula diperkenalkan pada tahun 1998, kini laman yang memperoleh Skim Geran Aplikasi Demonstrator daripada Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan dari tahun 1999 hingga 2000, mempunyai kira-kira 1,000,000 pengunjung dalam sebulan.

Di samping Malaysia, 30 peratus daripada pelayar datang dari Singapura, Australia dan tidak ketinggalan Amerika Syarikat (AS). Sebahagian daripada 4,000 ahlinya juga telah mempraktikkan pendekatan pembelajaran alternatif iaitu Home Schooling. Di AS sahaja, catatan rekod menunjukkan bahawa seramai 1.1 juta kanak-kanak menjalani pendekatan Home Schooling pada tahun lalu.

“Home Scholling bukan satu konsep baru. Ia wujud sejak sekian lama. Walaupun penerimaannya agak perlahan di Malaysia tetapi amat memberangsangkan.

Pada awalnya, ramai membantah, namun realitinya akan datang juga,” jelas Wai Leng yang mempunyai tiga orang anak yang belajar di rumah.

Yang paling tua ialah Amrita Soon Hui Yang, 12, diikuti Samantha Soon Hui Zhen, 11, dan Arian Soon Li, 4. Ditanya mampukah anak-anaknya lulus dengan baik sekiranya diletakkan di sekolah? Wai Leng menambah, Samantha pernah mendaftar di sekolah pada tahun empat dan muncul sebagai pelajar terbaik di dalam kelas dan tahunan.

Bagaimanapun, dia meminta untuk berhenti sebaik merasai tekanan pada tahun lima untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun berikutnya.

Sementara itu, FamilyPlace yang baru menyambut ulang tahun ke-10, sesekali mengadakan pertemuan dan lawatan untuk memperkayakan lagi minda ahli, selain mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Mathew Salleh Palmer, 14, merupakan anak tunggal. Ibunya, Norhayati Salleh berkata, dia bersyukur kerana sekarang dia dapat meluangkan lebih banyak masa dengan anaknya.

“Ketika menguruskan bisnes keluarga, saya tetap ada masa untuk mengawasi pergerakan Mathew yang suka topik-topik berkenaan aeroangkasa dan muzik,” ujarnya yang tinggal di Subang Jaya, Selangor.

penerimaannya agak perlahan di Malaysia tetapi amat memberangsangkan.


Advertisement
This entry was posted in In the news. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s